Assalamualaikum mr and mrs
Today is second day on 2013. Happy New Year to everyone!! Kalendar dah bertukar tahun tapi aku nak jugak cakap pasal tahun lepas. Ye ye..aku tau, Hidup memang kena memandang ke hadapan tapi yang belakang kena kenang jua. Umpama kita bawak keta, badan tegak ke depan tapi side mirror belakang perlu dijeling-jeling sebagai langkah berjaga-jaga. Sebagai info tambahan, aku dah ada lesen kereta! (bangga tetiba). Rujuk balik kat tajuk aku tu, ala-ala traveler yang dah travel satu dunia je kan? like Paris, London, New York. Tapi malangnya aku ni pencinta wanita negara yang mengamalkan konsep cuti-cuti Malaysia (Statement cover diri). Jadi, tempat yang kononnya aku travel hanyalah dalam Malaysia tercinta sahaja mahupun secara sengaja atau kebetulan. Aku tak bercadang nak tulis panjang-panjang, so aku letak je gambar aku berserta tempat-tempat yang aku 'merewang' sepanjang tahun 2012.
**** PLEASE SCROLL DOWN****
Anda akan menyaksikan pose gadis yang comel di bawah
Genting Highland
Aku dari tepi sebelah kiri dengan lambang peace dan berwajah excited. Gambar ni membuktikan aku berada di Genting Highland. Pergi under package Rm25 sahajo. Sempat main outdoor games je. Kena paksa naik roller coaster and dah bersumpah tak nak naik lagi. Ambil masa 2 3 hari nak pulih dari rasa gayat. haha
Cameron Highland
Nampak tak aku terselit kat tengah-tengah? hampir terlindung dengan budak gemuk muka bulat. haha. Pergi Cameron ni tanpa dirancang, aku telah dimanipulasi oleh kawan-kawan yang sememangnya sengal. Pagi-pagi dapat call suruh bersiap kononnya nak buat kajian di Ladang teh, ladang bunga sambil snap-snap gambar dsb. Setelah melalui jalan yang penuh berliku ke sana, masing-masing keluar dan beli sayur. Lepas tu balik rumah tanpa naik bahagian atas. What??datang cameron demi sayur je??hangin je aku. haha
Johor
Gadis-gadis ayu dan jejaka-jejaka jelek tampan. Gambar macam rombongan je kan? ni trip beraya ke johor. Bermula dari Muar, Batu Pahat dan Pasir Gudang tapi bergerak dari Seromban. Singgah 6 buah rumah dalam sehari. Nak terberanak rasenya perut asyik menelan makanan enak-enak. Penat bukan kepalang tapi seronok. First time aku sampai johor, sempat singgah umah bakal mertua. kuang kuang kuang.
Johor dah ada Legoland, please someone bring me there!
Pantai Batu Empat, PD
Ni waktu bulan puasa. tengah tunggu waktu berbuka puasa sambil mengadap matahari terbenam. Sangat cantik panorama alam ketika itu! sebelum tu sempat singgah shopping beli tudung raya. hehehe. eh..eh, rasanya waktu ni plan asal bukan nak ke PD tapi dah terlajak jalan tak bisa diundur. Akhirnya kami berlima sampai la ke sini.
Pantai Teluk Kemang, PD
Sekali lagi merewang ke PD. Kali ni aku berjaya merasa naik boat. Memang syok pusing-pusing dengan boat ni. Bayar je RM10 seorang dan nikmatilah keindahan angin pantai bersama sahabat dan orang tersayang. Hajat nak naik banana boat tak kesampaian sampai sekarang sebab pergi ni pun bulan puasa mana boleh terjun-terjun dalam air. sob sob sob.
Lake Garden, Seremban
Alang-alang berpraktikum di seremban, maka singgahlah kami di Lake Garden. Lepak-lepak waktu malam, berkongsi cerita dan snap-snap gambar dengan kawan-kawan boleh menghilangkan resah di jiwa!hahaha. Dah bosan di situ, cipta plan lain sementara malam masih muda.
A Famosa, Melaka
uit baru nampak ko post benda ni.. banyak gak tempat yang aku tak singgah lagi.. hihihi. miss u la.. bila nak jmpa?
ReplyDelete