JellyPages.com

Sunday 12 August 2012

Rencah Dunia Guru Pelatih

Assalamualaikum


Guru pelatih memang sering diperhatikan dari atas sampai bawah,dari mula jejak kaki ke sekolah hingga abis waktu sekolah. kadang-kadang pasti ada kesilapan kita yang di 'gedek-gedekkan' oleh sesetengah pihak yang mungkin sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan.

                                    * mungkin=tak semestinya betol.

 

tapi selaku guru yang sedang berpraktikum, aku hanya perlu berfikiran positif, menerima teguran dan kritikan sebagai satu cabaran untuk terus maju ke hadapan. berlapang dada sajolah kan?teringat pesan senior-senior, terima je segala kerja atau apa-apa yang cikgu senior cakap. anggukkan je kepala. jangan sombong. yang penting, jalin hubungan baik dengan semua orang. tapi....kalau ada yang jenis pandang kita sebelah mata je camno nak buek tuh??

 

rencah  dunia guru pelatih...

kita takkan boleh memuaskan hati semua orang. 

SALAM RAMADAN KARIM....






Sunday 5 August 2012

saya guru pelatih!!

-assalamualaikum~


Agak lama rasenya tidak menjengah ke laman blog sendiri. masa sangat suntuk. Setiap hari perlu diisi dengan perkara yang lebih penting sebagai persediaan untuk mendidik anak pelajar..OPSS..lupa nak bagitau..saya sekarang bergelar guru pelatih. Sedang berlatih dan bertatih di SMKA SHAMS, seremban. 


Alhamdulillah...


Sudah sebulan lebih memegang title 'cikgu izzah'..banyak benda yang aku belajar daripada student aku. sekarang baru aku tau kenapa cikgu aku dulu suka denda aku. sakit hati bila cikgu mengajar anak murid buat dekkk je. rasa nak penampor je kalo anak murid tak nak dengar ckp kita. rase sangat tak dihargai bila kita melalak kat depan student boleh angguk kepala sambil pejam mata. lagi nak marah kalo bagi denda pun anak murid tak serik.~ macam ni la agaknya perasaan cikgu-cikgu aku dulu..
 nasib baik setakat ni tak ada lagi student aku yang keluar sesuka hati ikut pintu belakang waktu cikgu mengajar,macam yang aku pernah buat kat cikgu aku dulu....hehhehe..


jadi cikgu bukan kerja mudah. hari-hari kena fikir nak ajar apa, nak buat aktiviti apa, nak pakai baju apa, tudung kena matching, kasut perlu kilat (pun diambil kira)..pendek kata,memang kerja cikgu kena perah otak.


btw, aku tetap seronok  dengan cabaran yang aku terima. semoga aku berjaya bertatih dan berlatih di bumi SHAMS dengan jayanya. 


buat anak didikku,
cikgu garang sebab nak jadikan kamu semua insan hebat. =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...