JellyPages.com

Sunday, 10 March 2013

Inilah silapnya masyarakat kita



Assalamualaikum

Aku malas sebenarnya nak menulis hari ni tapi rasenya macam perlu je untuk dikongsi. Menulis tu kan satu terapi, so daripada aku duk stress sorang-sorang sambil meroyan sebab keja yang berlambak, eloklah sekiranya aku men'terapikan' diri daku ini seketika. Semalam ladies night bagi aku dan kawan-kawan. So kami para gadis merewang-rewang tanpa hala tuju yang pasti. Tujuan aku cuma satu, mengisi perut yang lapar. perut aku ni selalu lapar je semenjak dua menjak ni. stress punya pasal uolls! Tujuan kawan-kawan aku, aku tak pasti dan aku tak kisah pun asal objektif aku tercapai. iaitu MAKAN!!muehhehe..selfish punya orang.

Dah puas merewang, kami drop kat sebuah kedai makan area tanjung malim ni. kedai tu ok la, cantik, cahaya suram-suram ala-ala candle light dinner gitu. tapi yang buat aku rasa spoil gila bila kedai tu ada set karaoke. dan-dan pulak malam tu ada pertandingan karaoke. Tak ada malam lain ke dorang nak buat pertandingan?.Aku paling tak suka kalau orang melalak time aku makan. Hilang kesedapan makanan aku tu. Tapi aku telan jugak. krek krek krek

Sambil-sambil tunggu makanan sampai, aku perhati jela kat manusia-manusia yang ada kat situ. kebanyakan yang join melalak karaoke tu adalah golongan 'mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik'. Boleh tahan jugak golongan separuh abad zaman sekarang ni. Berlumba-lumba nak expose diri. Semua orang nak jadi artis! Tengah syok-syok tengok orang melalak tiba-tiba ada pulak dua kakak (atau mak cik?) datang menari depan khalayak. Rase macam nak tengok sambil tutup mata je. Hihihi


ok. Yang tu aku tak ambik port sangat. Tapi yang buat aku rasa geram bila ada sorang perempuan ni bawak baby (dalam umo 2 tahun) dan diletaknya atas pentas suruh menari dangdut. Aku yang duduk jauh dari pentas pun dah terasa bingit, apatah lagi budak tu.  Baby tu macam tak nak tapi dipaksa-paksa oleh si ibu. Aku tengok jam, dah pkul 12. Sepatutnya budak sebesar tu didodoi di rumah, bukan di ajar berhibur! Kesiannya si anak. Aku pelik betul dengan gaya ibu bapa sekarang ni. Dah banyak kali aku jumpa orang suka bawak anak kecil jalan-jalan tengah malam ni. Kadang-kadang g up town pun bawak baby. Kalau baby melalak kat situ, mula lah marah-marah. Tempat macam tu sesak, bising,panas, tengah malam, sangat tak sesuai untuk si kecil yang sedang membesar. Zaman mak nenek aku dulu, memang pantang bawak keluar baby malam-malam. Pesanan orang tua-tua nampak macam kolot tapi banyak faedahnya.


ANAK ITU AMANAH. DIDIKLAH SEBAIKNYA

p/s: bila anak dah besar dan suka keluar malam, pandai pulak kau marah-marah.Tapi siapa yang ajar??Inilah silapnya masyarakat kita.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...