JellyPages.com

Friday, 21 March 2014

Saya Pernah Frust Kerana SPM!!

As-salam

Lama tak menulis rasa kekok pulak. Btw, tahniah buat adik-adik dan ex-studentsku yang telah berjaya dapat keputusan cemerlang SPM. Pada yang kurang cemerlang pun tahniah kerana anda telah berjaya melepasi satu peringkat yang mencabar. Setiap keputusan yang adik-adik peroleh adalah hasil usaha adik sendiri. Tiada apa yang perlu dikesali dan tiada siapa yg perlu dipersalahkan. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Anda tidak ditakdirkan untuk tidak cemerlang tapi anda ditakdirkan untuk bangun selepasnya.

Terkenang zaman aku (kata ganti diri aku lebih sesuai di sini) SPM dulu. Frust sebab tak capai target. Sudahla tak capai target, tak dapat sebarang offer untuk masuk universiti atau matriks!! Hey, aku dapat 5A tau. Ape masalah kau taknak offer aku masuk u?? (haha!). Member-member yang dapat kurang dari aku senang lenang dapat matrik. Sedih dan pedih. Berhari-hari kunci diri dalam bilik. Off fon sebab takut member tanya dapat u mana. Malu nak cakap.

Bila mak ayah tanya, pura-pura steady " takpelah mak, takde rezeki nak masuk u..duk umah jelah.. " senyum depan mak ayah dan masuk bilik lagi. Sambung nangis. Dunia ni kejam dan tak adil!! -getus hati remaja yang kurang iman ketika itu. (kekeke)

Tapi tah macam mana, mak boleh bagi idea suruh sambung form 6 area rumah. Sekolah harian biasa. (Sebelum ni belajar di SBP..jauh). Whatt?? Form 6?? Memang tak r aku nak sambung form 6. Aku taknak pakai baju sekolah lagi. Malu. Rasa dah cukup dewasa untuk pakai uniform!! Tapi mak cakap tu je caranya kalau nak masuk universiti. Mak tak paksa tapi mak suruh fikir. Mak ayah tak mampu nak hantar kolej swasta.

Tak lama lepas tu aku cakap kat mak " mak, uniform form 6 tu macam mana??". Mak senyum dan ajak g kedai beli baju. Esok terus daftar dan belajar di sekolah baru!!. Hah..orang dah belajar separuh silibus aku baru terkedek-kedek nak daftar. Apa ade hal,,i'm coming with my new spirit!!

Alhamdulillah..sepanjang form 6 aku mampu score the best untuk setiap exam. Nama aku mesti naik setiap kali assembly sebagai antara pelajar harapan sekolah untuk STPM. Rasa hutang kegagalan semakin berbayar!! Dengan result STPM aku mampu masuk Universiti. Walaupun bukan Universiti pilihan, tapi aku masih yakin dan percaya sesuatu yang indah sedang menanti dihujung. Hanya perlu kejar dan gapai!.

Akhirnya..selepas 4 tahun aku mampu memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Alhamdulillah,,ini semua asalnya idea mak. Thank you mak!!

Buat adik-adik yang tengah frust and bersedih, wake uppp!! Tak perlu diratap pada kegagalan tapi fokuslah pada kejayaan di masa depan. Ingat, sesuatu yang indah sedang menanti di hujung!!

sekian, terima kasih kerana membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...