JellyPages.com

Monday, 26 March 2012

Monday Yang Mencekik


AARRKKKKK..huk huk huk. Monday coming again --->translate
Isnin Datang Lagi!!

Bila Isnin datang, Selasa Rabu Kamis akan menyusul. oohh pantasnya masa berlalu. Memang benar kata orang, masa itu lebih laju dari Ferarri dan Saga FLX. Gunakanlah masa yang belum berlalu ini sebaiknya. 

(^___^)

sekian tuk hari isnin yang mencekik.
jumpa di lain hari yang ohsem!!

p/s: selamat berhari senin!!!


Sunday, 18 March 2012

asal status baik-baik je mesti ramai yang 'like'

-Assalamualaikum sahabat blogger-

Asal status baik-baik je mesti ramai yang 'like' kan?
walaupun orang yang 'like' tu kita tengok biasa-biasa je, tak lah baik sangat-nakal jugak-muka macam pecah rumah. Tapi orang yang macam tu pun pandai pilih status untuk di'like'. 

Tak Percaya??

Cubalah korang naikkan status baik-baik kat pisbuk korang tuh. 
contohnya macam ni
.
.
.
"Aku redha dengan apa yang menimpa. Allah tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat"
Dalam masa lima minit saje korang akan dapat lima 'like' melainkan fren korang tak sampai pun lima orang. (sadis tol!)




 <3 Fitrah Manusia Sukakan Kebaikan <3

So, tips untuk dapatkan 'like' yang banyak ialah naikkan status yang baik-baik sahaja, okeh!!


P/S: aku bukan nak cakap aku baru lepas naikkan status baik kat pisbuk aku.



Friday, 16 March 2012

Ada peluang lagi kah??!

-Assalamualaikum-

p/s awal: entri kali ni sekadar ambik syarat untuk tidak membiarkan
 blog tidak berupdate

# ..give me some sunshine..give me some rain
give me another chance..
i wanna grow up once again..#

* dipetik dari filem 3 idiots


p/s akhir: Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya 
untuk bertaubat. ('',)



Sunday, 11 March 2012

rasa berdosa itu datang

-Assalamualaikum-
Serius. Aku rasa sangat berdosa saat ini. Aku ingkar janji pada diri sendiri. Lemahnya aku sebagai hamba. Aku buat perkara yang aku tak seharusnya buat. Malu pada diri.
Betul kata orang, bila kita buat salah, ketenangan takkan hadir dalam diri. Serius aku tidak tenang.

Ya Allah, ampuni hambaMu. Berilah aku peluang untuk tebus kesalahan ini. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.




p/s: jangan pernah berhenti berdoa

Thursday, 8 March 2012

Si gojes Heliza Helmi


-assalamualaikum-
aku suka semua tentang heliza helmi. noktah.
(^_____^)

~bergaya~

~angry bird versi heliza~ala tomey tomey~


~kombinasi warna baju yang aku tak berani nak pakai~


~cun sungguh~


*ohsemm!!!!*

p/s: kepada HH teruskan usaha anda untuk jadi ikon muslimah terbaik bagi remaja.

p/s ag satu: kecantikan adalah anugerah, kecantikan dalaman melahirkan kecantikan di luaran.

Wednesday, 7 March 2012

TIPS:: cara turunkan berat badan

-assalamualaikum-

Perbincangan mengenai cara menurunkan berat badan seringkali kita dengar baik di kalangan kaum Adam mahupun Hawa. Isu ni sungguh universal. Kalau anda lihat di pasaran pun, pelbagai produk telah diperkenalkan untuk disasarkan kepada golongan yang mengalami masalah berat badan berlebihan ni. Cuma persoalan utama sekarang ni, sama ada ianya berkesan atau tidak. Mungkin ramai yang mengeluh kerana dah cuba pelbagai produk, namun hasilnya masih mengecewakan.

Sebagai alternatif, saya sarankan anda gunakan saja bahan semulajadi. Lebih mudah, murah dan selamat. Cuma anda perlulah rajin untuk menyediakan bahannya sendiri (d.i.y) nanti, okay. :)

Jen...jeng...jeng.. bahan yang anda perlukan adalah sama ada limau nipis ataupun limau kasturi.



Caranya:

Anda ambil 2 biji limau nipis/kasturi dan perahkan airnya ke dalam gelas. Kemudian campurkan perahan limau tadi dengan segelas air suam atau sejuk dan kacau.

Akhir sekali, minumlah air limau ni setiap hari selepas makan. Sekurang-kurangnya, tunggu dulu 30 minit selepas makan, barulah diminum air limau tu.

Amalkan sehinggalah berat badan anda menurun sedikit demi sedikit. 

selamat mencuba jaya!!

p/s: cara yang lebih berpahala dan mulia ialah dengan berpuasa. badan kurus, duit jimat, pahala pun dapat ('',)

sumber:http://petuasejagat.blogspot.com/2009/03/petua-ringkas-menurunkan-berat-badan.html#ixzz1jzIbxAng


Monday, 5 March 2012

ujian bukan sekadar menguji


Assalamualaikum

Aku pernah SETIA tapi DIDUAKAN, aku pernah PERCAYA tapi DIKHIANATI, aku pernah MENCINTA tapi DISAKITI, aku pernah MEMILIKI tapi aku KEHILANGAN, aku pernah TULUS tapi DIBOHONGI. 



Aku pernah BERHARAP, dan akan tetap yakin HARAPAN itu tidak sia-sia kerana Dia tidak pernah mengecewakan.

p/s: copy and paste

semoga DIA pertemukan aku dengan yang sebaiknya.



Sunday, 4 March 2012

CIKGU bukannya mudah

orang tua-tua memang nak sangat anak-anak jadi cikgu
kalo ade sepuluh anak, sepuluh-sepuluh suh jadi cikgu.katenya jadi cikgu ni senang. cukup bulan dapat gaji. cuti pun banyak. balik sekolah buleh jage anak dan suami.
budak sekolah cuti cikgu pun cuti. 
"boleh la ekau melawat mak abah kat kampong ni eah"

bukan setakat orang-orang tua kat kampung aku. kawan-kawan aku yang bukan bakal cikgu pun cakap macam tu. siap cakap menyesal amik kos bukan cikgu.
"untung lah kau leh jadi cikgu, tak payah belajar susah-susah macam kami"
"kami kena buat projek itulah, inilah, eksperimen lah bla bla bla.."

sape cakap nak jadi cikgu tu tak susah??
kami pun belajar macam-macam tau. setiap semester mesti ada subjek yang membunuh. sekarang dah masuk sem enam. kena buat persediaan untuk praktikal sem depan. kena belajar benda alah yang dipanggil RPH (Rancangan Pengajaran Harian). kalo xpandai buat silap-silap kena repeat praktikal. malu la bai. 
kalo kat sekolah dulu, aku tak pernah pulak tengok cikgu-cikgu aku bawak RPH tu kemana-mana. care dorang mengajar pun biasa-biasa saje.jarang nak ade ABM. kadang-kadang masuk kelas suh kitorang buat kerja sendiri.
tapi jadi cikgu contoh kat sekolah. student jadi bijak jugak kan tanpa RPH. hehe

bila dah jadi cikgu kat sekolah, lain cerita la. sekarang ni dalam proses nak dapatkan gelaran cikgu, memang macam-macam. memang poning kepalo den ni hah.
lagi, kena buat mikroteaching and makroteaching dalam bilik kuliah. pilih tajuk sendiri dan study betol-betol. kena jadi cikgu depan kawan-kawan sendiri. kalo xbagus, kena gelak kat orang. hadoii. plus, kena rakam sebagai refleksi diri.

P/S: esok lusa kena bersedia dengan mikroteaching selama 5 minit

p/s lagi satu: 5 minit pun bleh jadi lama bagi yang darah gemuruh.

cikgu ka bukan cikgu ka, semuanya telah ditentukan ALLAH. bersyukur saja. mungkin ini yang   terbaik.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...