JellyPages.com

Sunday, 24 February 2013

Semester Baru: Aku bersyukur

Assalamualaikum

Alhamdulillah. dah seminggu aku menjejakkan kaki di universiti tercinta ni. Ternyata, menjadi pelajar semester akhir ni tak adalah mendebarkan sangat seperti yang aku ceritakan dulu. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun banyak perubahan yang berlaku di universiti. Standard minggu pertama, santai-santai je dulu, ibarat reunion dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Style perempuan kalau jumpa kawan yang dah lama tak jumpa mesti jerit and then peluk-peluk cium laga pipi tiga kali. Kadang-kadang kat tengah-tengah jalan pun boleh buat aksi spontan macam tu. Kalau lelaki, steady je salam tangan. Paling-paling pun mesti tanya " hang pekabaq skang?tinggai mana?". Pastu blah. Nampak tak beza lelaki dan perempuan??

Untuk semester baru kali ni aku rasa bersyukur sangat walaupun banyak benda baru yang kena hadapi. Aku dapat rumah sewa baru, Roomate baru, Housemate pun baru. walaupun masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dalam posisi yang baru sebagai final year student, aku bersyukur, segalanya baik-baik sahaja setakat ni. Harapnya baiklah sehingga ke akhir nanti. Aku suka rumah baru walaupun mahal sikit tapi sesuai dengan keselesaan. Teres dua tingkat beserta bilik air yang besor. Aku suka roomate aku sebab kitorang adalah kawan baik sejak sekolah. Aku suka budak-budak umah aku walaupun aku tak tau nama n tak berkenalan pun lagi, tapi sumanya sweet-sweet tak sombong macam budak rumah aku yang dulu. Asal aku bersiap-siap nak keluar je, mesti ada yang tanya " hai, nak g mana tu pakai cantik2?". Ohh..sweetnya uolls!Semoga kami boleh jadi warga rumah yang rapat, tak mau sombong-sombong tau!

rumah baru, no 27. perempuan, memang banyak kasut.

roomate baru. wani nama dia. dah berpunya.hewhew
Sekarang ni, nak g kelas dah tak de masalah menunggu bus sampai berjam. Bus memang banyak tapi aku dah tak naik bus. Sekarang ni aku demand sebab dah jadi super senior. g kelas naik kereta ja,okah!no more bersesak-sesak di dalam bus. Berlagaknya aku. hewhewhew. Tapi bukanlah macam tu sebenarnya. Ade sorang housemate aku merangkap classmate aku dah bawak kereta, secara kebetulan kelas kitorang sama ja, jadi dia pun dengan baik hatinya nak tumpangkan diriku yang hina ini ke kelas. Maka dengan itu, kami menuju ke kelas bersama-sama.


first day nak g kuliah, kena action dulu

dalam kereta pun boleh



dalam bilik kuliah, kami berjanji akan belajar bersungguh sungguh.

p/s: Semoga segala cabaran mampu ku tempuh. Final semester perlu dinikmati dan hargai. selepas ni, mesti merindui segalanya di sini

Saturday, 9 February 2013

OH..Berdebarnya!!


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, registration completed. Officially i'm gonna be a final semester student. Dalam separa sedar, sudah hampir 4 tahun bergelar mahasiswi Upsi. Rasa berdebar-debar nak melangkah masuk ke universiti setelah sekian lama bercuti. 4 bulan aku cuti sem plus 4 bulan sebelumnya aku praktikal. bila ditotalkan jadilah 8 bulan tak belajar. Gila lama. Otak dah tepu punm tiba-tiba pulak nak kena masuk dewan kuliah balik, kena jadi pelajar yang berdisiplin dan berdedikasi bangun di awal pagi lalu beratur menunggu bas demi seteguk ilmu. gulp!Oh...Berdebarnya!

Tapi bukan masalah bas atau masalah bangun pagi yang mendebarkan aku. Tapi aku lebih berdebar tentang Projek Tahun Akhir (FYP). FYP akan  menentukan kelayakan pelajar untuk grad dan setiap pelajar mesti ingin lakukan yang terbaik untuk FYP. Ramai yang tak dapat grad disebabkan kegagalan mereka untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir tepat pada waktunya. Ohhh..berdebarnya hati ini! Nak bagitau lagi, markah untuk FYP seratus peratus terletak di tangan penyelia. Sebelum ni aku dah mulakan FYP aku atas nasihat dan tunjuk ajar penyelia, tup-tup penyelia aku bertukar pulak. dapat lah penyelia baru yang cerewet mewet orangnya. Makin ditunjuk hasil kerja makin banyak kesalahan tercipta. oh..tambah berdebar lagi! 


jadual kuliah semester  baru 
Kurang 10 hari lagi semester baru akan bermula. Jadual aku nampak macam tak padat tapi aku jamin kesibukan pasti melanda diri ini. Pasti lebih banyak cabaran yang bakal bertandang. Oh berdebarnya!
Namun aku yakin dan pasti aku mampu melakukannya. Walau sesukar mana, walau sesusah mana, akan ku terobos awan jaya! Perjuangan belum terhenti selagi aku belum mati! 

Apa-apa pun aku tetap berdebar. oh..berdebarnya!!

Kalau dihitung, sangat banyak perkataan berdebar dalam entri ni yang menunjukkan aku betul-betul tengah berdebar di saat ini. Mungkin dengan debaran ini mampu menjentik semangat untuk aku meneruskan perjalan sebagai seorang pelajar. Insyaallah, Allah sentiasa bersama dan membantu. Buat sahabat-sahabat yang turut sama memulakan kuliah, selamat berjuang ku ucapkan. Peace yo!



p/s: Rabbi yassir wala tuassir ya karimm...

Thursday, 7 February 2013

Berwajah Baru

Assalamualaikum

Kali ni blog aku bertukar wajah lagi. Header baru dan background baru. masuk ni dah kali ke berapa riban aku tukar. Sesiapa yang suka sangat melepak ke sini memang perasan lah kot. Aku memang spesis yang tak boleh tengok serta buat benda sama  dalam jangka masa yang lama. Sama jugak kalo aku pakai baju, kalau asyik-asyik baju yang sama ja duk ulang-ulang dari ahad sampai sabtu, memang terasa nak yang baru walaupun yang lama masih elok dipakai. Perempuan, biasa la. Aku risau jugak kalau dah kahwin nanti macam mana, hari-hari ngadap muka suami yang sama. macam mana tuh? nak kena tukar jugak kah? ha ha..tu lain la cerita.

Untuk background kali ni aku sengaja pilih tema polka dot pink. Nampak macam simple dan kiut-kiut gitu. Perempuan dengan pink memang tak dapat dipisahkan. Walaupun di alam nyata aku bukanlah pinky ladies yang sopan santun serta ayu mayu. Tapi apalah salahnya kalau aku ayu di alam maya. Untuk header pulak, aku guna freebies doodle. Aku ambik kat SINI. Memang banyak freebies doodle yang comel-comel. Ambik seketul, pandai-pandailah edit jadi header. aku tak pandai sangat bab-bab ni, so aku buat sesimple yang mungkin je. Memula aku ada buat header guna gambar sendiri la bajet cun, tapi macam tak kena je. Apalah kurangnya wajah aku jika dibandingkan dengan doodle. *sigh*


Baru aku sedar, freebies doodle lagi comel


p/s: Ade sesiapa berani kritik penampilan baru saya??

 XOXO:D


Tuesday, 5 February 2013

2nd year ohsem Anniversary Aku Cuma Seorang Kulikutif!! Give Away



Assalamualaikum


Mak aihhhh..panjang tajuk aku ari ni. Macam pelik je kalau aku buat entry tajuknya mencecah dua baris. hewhew.Aku sendiri pun dah pelik, apatah lagi orang lain. Macam rajin bebenor je kan nak menaip.  Sebenarnya kali ni aku join segmen Give Away Abang Remy Hazza. Erkk...Abg?? i guess he is older than me. so patut la kan i call him 'abg'. Sepanjang aku berblogging di rantau ni, ni lah kali pertama hati aku terbuka  nak join sebarang segmen GA mana-mana blogger. Dan sebenarnya jugak baru kejap tadi je aku terblog walking kat wilayah Remy Hazza. Sesampainya di sana ternampak dia punya segmen. "macam menarik jugak ni" getus hatiku.hihi. Aku  main bantai je join segmen ni sebab malas nak buang masa buat benda lain. Tapi why not aku menyokong sesama blogger kan? Baik kan aku? u should be proud of me Remy Hazza!haha

First aku baca tajuk segmen ni, aku jadi tertanya-tanya, kenapalah tajuknya macam tu? Tak de tajuk yang lagi panjang ke nak buat? hihi. yelah..aku kan follower baru, memang aku tak pernah ikut perkembangan beliau lah kan. Jadinya, memang aku zero la pasal blog beliau kenn. Mungkin banyak benda yang aku tak tahu. Bila dah tertanya-tanya tu, aku jawab sendiri lah. Aku rasa maybe segmen ni khas untuk meraikan tahun kedua usia blog kesayangan beliau itu. ye dak? Tunggu jela empunya badan sendri yang jawab.

Eh..eh..takkan baca je. Jomla join skali, mana tau nasib menyebelahi, dapat la present dari Remy Hazza. lambat lagi due date nya, sampai 28 Februari. Dah ramai pun join tuuu. 

Ayuh tunjukkan sokongan sesama blogger!!

klik SINI




P/S: bila dah terjoin segmen tu, perasaan nak menang tu mesti ada lah kan.hehe


SEKIAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...