JellyPages.com

Monday, 27 February 2012

semangat yang terlalu hangat.see?

assalamualaikum jejaka dan gadis cantek yang sibuk dengan kuliah di minggu kedua. ehe
sedar tak sedar hari ni dah masuk minggu kedua aku kuliah. alhamdulillah minggu pertama aku dah settlekan add drop subjek aku walaupun rase macam mau drop je sume subjek. yela..naik turun tingkat empat (kena lak time lift rosak) ke hulu kehilir semata-mata untuk satu tanda tangan. untunglaa jadi penandatangan tersebut. hari-hari  beliau kena serbu mintak autograf.

hari ni pagi-pagi aku dah bangun sebab orang kata isnin permulaan hari so kena mulakan dengan semangat baru walaupun aku tak gemor subjek yang aku akan belajar pukul 2 nanti. see? kelas pukul 2 petang tapi pagi-pagi aku bangun siapkan diri. pukul 12 tengah hari aku dah pakai baju kurung perple, sarung tudung yang seangkatan warna dengannya. sarung pulak beg hitam lip lap lip lap. pakai kasut, terus jalan.

sampai kampus, singgah dulu umah kawan depan kampus nak ambik buku nota nak salin nota subjek yang aku tak gemor tu. alang-alang menyeluk pekasam singgah. tunggu zohor dulu baru gerak gi kelas yang tak gemor tuh. dah zohor bersiap ag sekali pastikan lebih cantik dari pukul 12 tengah hari tadi. ok. langkah kaki kanan nak keluar dari umah kawan. enset pulak berbunyi. tengok mesej. 
" kelas kita batal hari ni"

rase mau saje dicucuk-cucuk hidung orang yang baru bagitau kelas batal... haiiiiyyaaaarrrkkkk!!!! 

p/s: sedikit bersyukur sebab kelas yang aku tak gemor tuh batal.ehe

p/s ag satu: esok ade lg kelas yang aku tak gemor tuh. harap batal jugak. uhuuuuiiii 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...