JellyPages.com

Friday 16 May 2014

How Do I Lose My Weight

Assalamualaikum :-)

Hai. Apa Kabar? Makin sihat ke makin bam bam? hiks. Since ramai yang tegur, aku dah kurus semula setelah mengalami zaman tembam sampai baju bertukar saiz!! gagaga. So, aku macam fefeeling nak bagi tips la kan. Berminat? Sila baca sampai habis tanpa berkedip. Sape berkedip dia gemok!!

1) Kurangkan Minuman bergula/manis.

Yang ni memang kira sebagai first step yang korang perlu buat dan ia sangat menjadi. Kalau jenis yang memang ketagih dengan minuman manis ni, cuba kurangkan minum daripada 3 cawan sehari kepada 1 cawan sehari. Lepaih tu dalam 1 cawan tu cuba kurangkan rase manis secara beransur-ansur day by day. Air bergas adalah diharamkan sama sekali selama proses berdiet. Selebihnya minumlah air masak banyak-banyak. Macam aku suka letak botol air masak dalam bilik. Nak tido minum, bangun tido minum, tengok cermin minum. Tak payah nak repeat cerita kepentingan air masak. Masing2 dah pernah buat karangan kepentingan air masa darjah lima.

2) Kawal Pemakanan

Kalau aku cakap makanlah makanan seimbang seperti buah, sayur bla bla bla. Macam cliche gila kan. Tak, aku takde pun setiap hari setkan berapa kalori yang aku telan. Aku respek dekat sesapa yang boleh follow piramid makanan :-) . Aku makan apa yang ada depan mata. Tapi dalam proses diet tu perlu kurangkan makanan berminyak dan lebihkan sayur. Bagi aku tak ada masalah pun kalau nak makan junk food as long as u control ur meal. Tak nikmatla kalau tak makan sesedap. Hihi. Aku makan nasi 2-3 kali sehari. Tips untuk tentukan kuantiti nasi adalah mengikut life style memasing. 1 pinggan penuh bagi yang aktif, separuh pinggan bagi yang kurang aktif dan suku pinggan bg yang tak aktif langsung. Dan lagi satu, jangan amalkan drastik diet macam seminggu tak makan nasi. Memang cepat kurus tapi kejap je sebab seminggu lepas tu hati n nurani korang akan bergelodak mintak nasi dan korang akan makan banyak sebab kempunan. See? Makan dengan kerap adalah lebih bagus daripada makan sekali sehari dengan kadar yg banyak. Kalau nak tau, semakin kerap kita makan semakin kerap pembakaran lemak berlaku. Ini fakta.

3) Home Workout

Kalau jaga makan je tapi tak bersenam it's doesnt good enough. Kalau ikutkan aku teringin nak workout di gym berlari atas treadmill macam dalam tb tuh. Boleh la feeling feeling macam orang kaya. Mihmih. Kalau tak kaya, workout jelah kat rumah. Home workout tak semestinya buat house chores. house chores memang bagus untuk maintainkan berat badan tapi bukan untuk turunkan berat melainkan korang sapu lantai sambil berlari. Antara home work out yang aku rasa mudah dan berkesan adalah jumping jacks, squats, wall sit dan planks. Squats dan wall sit sangat membantu untuk kecikkan bahagian drumstick. Kalau nak diterangkan satu satu aku rasa aku perlu buat entry khas pasal home workout. Tunggu la yer...:-)

4) Follow Fitness Network di Ig Atau FB

Kekdah ni pun sangat membantu.dari segi psikologi. Korang nih asyik tengok pic makanan je kat ig manala tak bernafsu nak makan kan? Yang member-member korang pun satu hal, tengah-tengah malam boleh post gambar burger abg burn. Bengkek je kan? Cuba tiap-tiap hari tengok gambar orang bersenam dan hasilnya anda pasti teruja. hihi. And aku suggestkan follow Ig @workoutprograms. U will be inspired babeh!!

5) Guna Aplikasi Padometer

Pada yang tak tahu, padometer tu adalah sejenis alat untuk mengukur setiap pergerakan kita. Biasanya ahli sukan yang guna. Tapi sekarang dah canggih, just install aplikasi ni kat smart phone dan bawalah phone anda ke mana jua anda melangkah. Oh ya, ia hanya berfungsi jika phone ada bersama anda. Aplikasi padometer ada macam-macam jenis. Yang paling best ialah jenis walking mate sebab ia terus catat bilangan kalori yg terbakar untuk jumlah steps yang korang kumpul. Sejak guna aplikasi ni aku selalu parking kete jauh2 sebab nak kumpul steps banyak banyak. Hihik. Tips lagi, bagi maintainkan berat badan jumlah steps yang disarankan adalah 6000 sehari dan 10000 sehari untuk turunkan berat badan. Kau mampu???!

Ok, tu jelah tips yang nak kongsi. Btw, sekarang aku tengah amalkan produk kesihatan shaklee. Nak sihat katenya. Dah ada hasilnya nanti aku kongsi.

See You Soon :-)

Friday 9 May 2014

Mak

Waktu kecik-kecik dulu aku selalu rasa mak la orang paling garang. Marah je keje nya. Sume yg aku buat nampak macam salah. Kalau membebel dari pagi sampai malam asyik aku je yang kena. Tension betol ngan mak. Mak dulu gagah perkasa. Siap boleh kejar aku n kakak n abang keliling rumah. Kitorang lari sambil nangis sebab takut dihempap rotan mak. Aku paling kecik n aku selalu cepat semput. Akibatnya..nah!! Rotan mak kene kat bontot. Adoiiii. Yang lagi dua lari tak sedar diri. Hampeh betol! Tapi sekarang mak dah tak perkasa macam dulu. Dah tak larat nak buat banyak benda. Dah tak daya nak membebel sepanjang masa. Kulit mak dah tak tegang tapi mak tetap cantik menawan. Mak pernah sakit macam-macam sampai aku rasa aku bakal ditinggalkan. Alhamdulillah, sampai sekarang umur mak masih panjang. :-) Sekarang aku dah tamat belajar, balik kampung jaga mak sementara tunggu posting. Ramai yang cakap aku malas cari kerja sementara dapat kerja tetap. Tapi bagi aku, aku nak gunakan masa yang aku ada untuk tengok mak tiap-tiap hari. Aku senang boleh bawak mak ke hospital buat check-up. Aku bahagia dapat inject mak ala-ala doktor setiap hari (insuline injection for diabetes). Aku bangga dapat bagi mak makan vitamin shaklee ikut waktu. Aku lega akulah yang shake-shake ESP Shaklee untuk mak tiap-tiap pagi. Sebelum ni sangat sibuk belajar sampai aku rasa aku abaikan mak. Walaupun anak mak ramai tapi aku lebih puas kalau aku yang buat sume tu untuk mak. Aku takut menyesal di kemudian hari. Duit boleh dicari tapi kalau mak pergi aku akan menyesal sampai mati. Hargai selagi mak ada di sisi. Selamat Hari Mak, mak!!

#semalam g kedai beli shaklee esp untuk mak. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...