JellyPages.com

Monday, 28 May 2012

Jadi retis, baru boleh action!!

-Assalamualaikum Peeps!!


Hari ni aku pegi kelas Makroteching (untuk kami bakal pendidik memang wajib kena buat ni). Kawan aku jadi cikgu, aku pulak jadi pelajar yang baik duduk depan sekali dengan harapan cikgu puji aku baik (tapi harapan tinggal harapan). Lepas tu, cikgu mintak aku berlakon. Wooww!!! jadi retis la tu kan?? ('',) Cikgu memang tak salah pilih. muehehee. Kalo berlakon mesti nak kena ada partner lelaki. ulangtaip. lelaki! dup dap dup dap. Agaknya sape la lelaki bertuah yang akan shoot dengan aku. Harap-harap la dia macam Aaron Aziz-hatiku berbicara. Sesi Lakonan Bermula,


Dan aku, buat request dekat cikgu sebelum tu


"Cikgu, boleh tak saya nak bawak watak izzah dan dia (tunjuk dekat lelaki yang tak sama macam Aaron Aziz tu) mesti jadi watak Haris?!"Boleh, buat la suka hati awak."

3, 2, 1 Action!!!


Aku berlakon dengan penuh feel, walaupun skrip sangat jauh berbeza dengan filem Ombak Rindu. Dalam skrip cuma cakap pasal isi pelajaran- Apa itu Dasar Wanita Sosial! what??! Frust seketika (@_@).

Tak kisah la sekurang-kurangnya aku tahu aku dah jadi retis dalam masa 5 minit! 




 p/s: Lebih kurang macam ni lah aku punya feel tadi (^__*)



Friday, 25 May 2012

Berat Pada Mata Memandang

-Assalamualaikum-

Hari ni retis nak wat entry ag. bukan pasal shooting, bukan pasal saman menyaman, bukan pasal kawin di siam.   tapi pasal berat mata memandang. cuuppp!! bukan macam rancangan air mata bersamamu ok!

Semalam aku teman kawan aku pegi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kat Klang. Aku dapat berita ayahnya masuk ICU. Aku sedih tengok kawan aku sedih. Aku cuba bagi semangat kat kawan aku tu walaupun dalam hati aku, aku terkenang saat-saat mak aku penah sakit tenat dulu. Kami sama-sama usahakan cari kereta dan pegi ke sana. Bertolak dari tanjung malim dalam pukul 4.30. Sampai je highway, jalan pulak jam. Orang balik keja. Waktu melawat hanya sampai pukul 7 petang je dan pada jam 7 petang jugak kaki ayahnya akan dibedah. Boleh bayangkan perasaan seorang anak yang teringin sangat nak jumpa ayahnya sebelum dibedah. Alhamdulillah, selamat sampai di HTAR jam 6.45 petang. cuma tinggal 15 minit je sebelum waktu melawat ditutup. Dalam masa 15 minit tu jugak aku sempat menatap wajah lesu dan kesakitan pak cik ahmad. Wayar dah berserabut kat badan. Hampir  menittis air mata aku. Kawan aku tu  hanya mampu menangis di sisi ayahnya. Aku tahu dia cuba menahan tangisan tapi dia tidak kuat!! aku hanya mampu terdiam melihat kedua-duanya saling memberi kekuatan. Aku boleh lihat pak cik ahmad cuba kuatkan dirinya walaupun dia lemah.

 
"Ya ALLAH, Kau berikanlah kesembuhan untuk segala penyakit pak cik Ahmad. Panjangkan usianya agar dia mampu meningkat ibadahnya terhadapMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa di atas sesuatu."



P/S: buat Cik Zura (kawan aku tu) dan keluarga, diharap tabah hadapi setiap ujian daripada Allah.








Saturday, 19 May 2012

AKU dan TESIS

Assalamualaikum rakan bloggers


Dah lama kan aku menghilangkan diri dari dunia blog ni.maafla wahai pembaca-pembaca blogku sekalian. (macam la ramai sangat followers) hahaha.ok.Aku memang perasan akulah blogger paling hot. Dah jadi student sem 6 ni  banyak pulak benda nak kena buat sampai tak sempat nak menulis. Padahal fb doplohpat jam jugak aku on9!sibuk sangat kannn..menulis ni kena pikir banyak,aku malas pikir, sebab tu aku tak menulis dah. kang kalau menulis tanpa berfikir dulu tak pasai-pasai kena saman lak. Dunia retis sekarang neh asyik nak saman menyaman je. Tapi aku ni retis kah??kuangkuangkuang!


Sekarang neh memang hidup aku tak menentu. Risau eden risau. Setiap hari aku akan dok ngadap laptop sambil tangan tekan keyboard taip-taip untuk TESIS!!. you know i ada tesis la u olls. kisah tesis aku ni memang memeningkan. dah approve tajuk bila nak start buat, fikiran jadi "kosong...kosong..". so, baru semalam aku p mengadap muka penyelia aku tu and tukar tajuk baru yang aku rasa banyak rujukan yang ade. Tak sia-sia aku panjat tangga tingkat empat jumpe beliau, beliau memang banyak membantu. explaination dari A to Z.~A big huge thank you to ENCIK HALIM SAAD ngeh3.. hopefully, aku boleh buat dengan maju dan jayanya. aku kan retis yang hebat!!haha.. betol la kata senior-seniorita aku dulu. sekarang dorang dah grad siap cakap padan muka dekat we all yang kena mengadap tesis ni. nasibla kan jadi student. takpela u oll, ni namanya proses pembelajaran. 


Buat kerja dengan ikhlas, Insya-Allah ALLAH akan tolong kita..(^___^)


boleh terbeliak mata kalau hari-hari mengadap tesis!


P/S: Baru mula tesis bab 1.

*nak siap2 dulu jap lagi aku nak gi belajar memandu!oh tak sabar nak pegang stereng kereta sediri


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...