JellyPages.com

Friday, 25 May 2012

Berat Pada Mata Memandang

-Assalamualaikum-

Hari ni retis nak wat entry ag. bukan pasal shooting, bukan pasal saman menyaman, bukan pasal kawin di siam.   tapi pasal berat mata memandang. cuuppp!! bukan macam rancangan air mata bersamamu ok!

Semalam aku teman kawan aku pegi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kat Klang. Aku dapat berita ayahnya masuk ICU. Aku sedih tengok kawan aku sedih. Aku cuba bagi semangat kat kawan aku tu walaupun dalam hati aku, aku terkenang saat-saat mak aku penah sakit tenat dulu. Kami sama-sama usahakan cari kereta dan pegi ke sana. Bertolak dari tanjung malim dalam pukul 4.30. Sampai je highway, jalan pulak jam. Orang balik keja. Waktu melawat hanya sampai pukul 7 petang je dan pada jam 7 petang jugak kaki ayahnya akan dibedah. Boleh bayangkan perasaan seorang anak yang teringin sangat nak jumpa ayahnya sebelum dibedah. Alhamdulillah, selamat sampai di HTAR jam 6.45 petang. cuma tinggal 15 minit je sebelum waktu melawat ditutup. Dalam masa 15 minit tu jugak aku sempat menatap wajah lesu dan kesakitan pak cik ahmad. Wayar dah berserabut kat badan. Hampir  menittis air mata aku. Kawan aku tu  hanya mampu menangis di sisi ayahnya. Aku tahu dia cuba menahan tangisan tapi dia tidak kuat!! aku hanya mampu terdiam melihat kedua-duanya saling memberi kekuatan. Aku boleh lihat pak cik ahmad cuba kuatkan dirinya walaupun dia lemah.

 
"Ya ALLAH, Kau berikanlah kesembuhan untuk segala penyakit pak cik Ahmad. Panjangkan usianya agar dia mampu meningkat ibadahnya terhadapMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa di atas sesuatu."



P/S: buat Cik Zura (kawan aku tu) dan keluarga, diharap tabah hadapi setiap ujian daripada Allah.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...