JellyPages.com

Thursday 7 June 2012

Sanah Helwah Sahabat!!

"Allah Selamatkan Kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Ismek Ulam Raja Eppa
Allah Selamatkan kamu..."


Hari ni bersamaan 7 Jun 2012 genaplah umo bestpreng aku 23 tahun. Aku dah lama jadi manusia 23 tahun, dia baru terkial-kial nak join kelab aku. Jeles ler terrrrrrrr..heh3

Macam sepesel sangat je dia ni sampai aku kena wat satu entry hari jadi untuk dia. Membazir masa study aku. Takpe, mesti dia terharu bila baca sambil sok sek sok sek lap air hidung *evil laugh*

Sedikit tentang budak yang nama eppa

~ Kami berkenalan waktu tingkatan satu di SMAASZA. waktu ni muka masing-masing macam nerd2 lagi.Sekarang dua2 dah comel (aku lebih sikit la..haha)
~Dua-dua nakal. Cikgu masuk pintu depan kami keluar pintu belakang. Selalu nak balik awal sebab nak kejar nasik ayam kat dewan makan.Takut habis!
~Eppa budak pandai yang suka tido. aku pun suka tido tapi tak pandai-pandai. Beza ni sangat ketara...huahuaha
~Kami penah duduk sebilik.Waktu ni nakalnya menjadi-jadi. Eppa budak diam-diam ubi berisi. Dia nakal orang tak tahu, pandai dia berlakon baik kan!!hek3
~Sangat sinonim dengan bege kak tie depan asrama tuh!pantang lapor mesti dia cari beger.Siap wat tempahan untuk kawan-kawan lagi. dan aku secara tak langsung jadi PA dia tolong catitkan penama-penama yang nak order beger. suwitt kan kami 'bekerja'??

ADA LAGI NIE.....*tak larat nak taip*

Bila imbau kenangan aku ngan eppa ni, memang tak terkenang. Banyak suka daripada duka. Dulu-dulu, eppa penah cakap 

" kita takleh jadi skema sangat waktu muda, nanti takde cite menarik nak kongsi dengan anak cucu" hahaha

 Sekarang kami dah jauh. tak tau la dia nakal lagi ke tak. Dah tua-tua ni tak payahla nakal-nakal sangat eppa oii. btw, untuk eppa tersayang.....('',)

SELAMAT HARI LAHIR
SEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGANNYA (^__^)



Saturday 2 June 2012

Gejala-Gejala Pelajar Menjelang Peperiksaan


-Assalamualaikum~


1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. 
Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.

2.  Membaca dengan kadar yang cepat
Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..

3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali
Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.

4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. 
Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih daripada sakit telinga.

5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je.
Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!

6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal. 
Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…

7.  Asyik-asyik tengok jam. 
Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?

8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)

9.  Meja belajar bersepah. 
Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. 
Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.

11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. 
Sampai satu tahap dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang. Tahap kronik dah ni!

12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan
Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!

13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. 
Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip!

14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. 
Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)

15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.

16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu
Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..

Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Hormon mereka tengah berkeliaran masa ni. Cepat je naik kaki. Hakhak! Anda nombor berapa? :)




C/P: http://ubatsofuan.blogspot.com

P/S: first n second paper on this MONDAY!!! ('',)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...