JellyPages.com

Monday 6 January 2014

Wanita dan period pain

Assalamualaikum. Kali ni entry aku sangat gadis-gadis. Period pain atau bahasa mudahnya senggugut bukan sesuatu yang asing lagi bagi wanita. Kesakitannya hanya wanita yang tahu walaupun lelaki sering berkata "i paham keadaan u sekarang". Itu hanyalah kata-kata penyedap hati. Lelaki takkan pernah faham derita wanita. Wahh gituu ayat aku. Dan disini aku nak kongsikan sedikit pengalaman kewanitaan aku dan cara aku menangani masalah period pain tersebut. Jangan risau sebab aku takkan  menggunakan istilah-istilah saintifik mahupun kedoktoran. Lagipula aku tak kredit subjek bio dulu. Gua jiwa puitis boh bukan jiwa sains!!. Kih3.

Langkah pertama untuk mengurangkan rasa sakit senggugut ialah dengan mengamalkan gaya hidup aktif.Macam aku sendiri, masalah period pain semakin berleluasa ketika usia menginjak dewasa. Zaman dulu-dulu (sekolah menengah) memang jarang sekali aku terbungkam atas katil disebabkan masalah period pain. sebabnya memang jelas sekali. zaman sekolah dulu memang aku aktif berkejar kejaran tak hengat dunia. budak tengah nak up memang macam tu. hihi. Jadi aku sarankan supaya wanita-wanita diluar sana supaya mengamalkan gaya hidup yang aktif. banyakkan bergerak. Paling komang ajakla member g jalan-jalan kat shopping mall sampai penat. Selagi tak penat jangan balik tau!!. It's really work for me!!. Kalau malas keluar rumah pun buatlah senaman ringkas yang boleh mengeluarkan peluh.

Langkah seterusnya ialah dengan menjaga amalan pemakanan. Aku sangat percaya dengan prinsip "u r what u eat". Apa yang kau makan kau harus tanggung kesannya. Period pain pun sebenarnya bergantung pada apa yang kita makan setiap hari. macam aku sendiri pun bukan jenis mengamalkan pemakanan sihat sepanjang masa. Tapi berwaspadalah dengan makanan anda. Banyakkan minum air kosong. Dulu aku memang tak suka gila dengan air kosong. (Patutla selalu kena period pain). Sekarang pun kalau minum air kosong mesti kena yang suam2 panas baru ada feel. Selain tu, amalkan makan buahan dan sayuran. Kalau tak suka pun kena paksa sikit. it is for your own good.

Bagi aku, cukup dengan dua langkah ni untuk mengurangkan sakit ketika period. alhamdulillah sekarang ni masalah period pain aku dapat di atasi. Sakit tak hilang sepenuhnya tapi at least tidaklah teruk seperti sebelumnya. Lagipula sakit itu kan kifarah dosa-dosa kita. Semoga dengan kesakitan yang kita alami ini boleh menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. diharapkan perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada wanita-wanita dan anak-anak gadis. hadapi hari-hari 'cuti' anda dengan senyuman. sekian.

Thursday 2 January 2014

New year GIFTs 2014

Assalamualaikum. Hari kedua di tahun baru. Sesungguhnya diri ini sangat teruja dan masih lagi bersemangat meneruskan hari hari dengan azam baru yang membara kononnya. Biasanya macam tu lah. Semangat hanya marak menyala di bulan pertama. Masuk bulan kedua tinggal debu-debu azam sahaja. Sampai bulan terakhir terus lupa apa azam tahun baru yg penah diazamkan. Adela tu yg terasa kan?? Buat-buat garu kepala konon!!

Btw, berabad lama rasanya tidak menjengah di laman sosial ini. Pasti ramai yang merindui. Pasti. Konfiden level aku memang tinggi sejak tahun baru ni. Why bother why bother?? Tak ade sape yang kisah pun padahalnya.

Tahun baru kali ni memang aku rasa keterujaan melampau. Mana idaknya first day on 2014 i dapat new year's gifts from Sabah. GIFTS not GIFT!!! Kena tau beza singular ad plural ok. Hihi. Sepanjang usia tak penah dapat hadiah tahun baru. Sobsobsob. Terharu sangat ni.

A very big thank you goes to nabila and nadiah untuk hadiah dari sabah ni. Set necklace mutiara, beg kecil bentuk topi comel dan kerongsang bulat besau limited edition katanya. Kite suke sangat sampai terjerit depan korang. Gelojoh kan kite?? Dapat present terus bukak depan tuan. Haha. Why bother why bother. Thanks jugak sebab sudi datang umah. A big huge for u girls!! Semoga tahun ini menjadi tahun yg bahagia buat kita semua. Marilah menanam azam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Berubahlah sebelum rebah. Sekian. Hepi New Year!!! XOXO :-D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...