JellyPages.com

Monday, 6 January 2014

Wanita dan period pain

Assalamualaikum. Kali ni entry aku sangat gadis-gadis. Period pain atau bahasa mudahnya senggugut bukan sesuatu yang asing lagi bagi wanita. Kesakitannya hanya wanita yang tahu walaupun lelaki sering berkata "i paham keadaan u sekarang". Itu hanyalah kata-kata penyedap hati. Lelaki takkan pernah faham derita wanita. Wahh gituu ayat aku. Dan disini aku nak kongsikan sedikit pengalaman kewanitaan aku dan cara aku menangani masalah period pain tersebut. Jangan risau sebab aku takkan  menggunakan istilah-istilah saintifik mahupun kedoktoran. Lagipula aku tak kredit subjek bio dulu. Gua jiwa puitis boh bukan jiwa sains!!. Kih3.

Langkah pertama untuk mengurangkan rasa sakit senggugut ialah dengan mengamalkan gaya hidup aktif.Macam aku sendiri, masalah period pain semakin berleluasa ketika usia menginjak dewasa. Zaman dulu-dulu (sekolah menengah) memang jarang sekali aku terbungkam atas katil disebabkan masalah period pain. sebabnya memang jelas sekali. zaman sekolah dulu memang aku aktif berkejar kejaran tak hengat dunia. budak tengah nak up memang macam tu. hihi. Jadi aku sarankan supaya wanita-wanita diluar sana supaya mengamalkan gaya hidup yang aktif. banyakkan bergerak. Paling komang ajakla member g jalan-jalan kat shopping mall sampai penat. Selagi tak penat jangan balik tau!!. It's really work for me!!. Kalau malas keluar rumah pun buatlah senaman ringkas yang boleh mengeluarkan peluh.

Langkah seterusnya ialah dengan menjaga amalan pemakanan. Aku sangat percaya dengan prinsip "u r what u eat". Apa yang kau makan kau harus tanggung kesannya. Period pain pun sebenarnya bergantung pada apa yang kita makan setiap hari. macam aku sendiri pun bukan jenis mengamalkan pemakanan sihat sepanjang masa. Tapi berwaspadalah dengan makanan anda. Banyakkan minum air kosong. Dulu aku memang tak suka gila dengan air kosong. (Patutla selalu kena period pain). Sekarang pun kalau minum air kosong mesti kena yang suam2 panas baru ada feel. Selain tu, amalkan makan buahan dan sayuran. Kalau tak suka pun kena paksa sikit. it is for your own good.

Bagi aku, cukup dengan dua langkah ni untuk mengurangkan sakit ketika period. alhamdulillah sekarang ni masalah period pain aku dapat di atasi. Sakit tak hilang sepenuhnya tapi at least tidaklah teruk seperti sebelumnya. Lagipula sakit itu kan kifarah dosa-dosa kita. Semoga dengan kesakitan yang kita alami ini boleh menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. diharapkan perkongsian kali ni dapat memberi manfaat kepada wanita-wanita dan anak-anak gadis. hadapi hari-hari 'cuti' anda dengan senyuman. sekian.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...