JellyPages.com

Sunday 24 February 2013

Semester Baru: Aku bersyukur

Assalamualaikum

Alhamdulillah. dah seminggu aku menjejakkan kaki di universiti tercinta ni. Ternyata, menjadi pelajar semester akhir ni tak adalah mendebarkan sangat seperti yang aku ceritakan dulu. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun banyak perubahan yang berlaku di universiti. Standard minggu pertama, santai-santai je dulu, ibarat reunion dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Style perempuan kalau jumpa kawan yang dah lama tak jumpa mesti jerit and then peluk-peluk cium laga pipi tiga kali. Kadang-kadang kat tengah-tengah jalan pun boleh buat aksi spontan macam tu. Kalau lelaki, steady je salam tangan. Paling-paling pun mesti tanya " hang pekabaq skang?tinggai mana?". Pastu blah. Nampak tak beza lelaki dan perempuan??

Untuk semester baru kali ni aku rasa bersyukur sangat walaupun banyak benda baru yang kena hadapi. Aku dapat rumah sewa baru, Roomate baru, Housemate pun baru. walaupun masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dalam posisi yang baru sebagai final year student, aku bersyukur, segalanya baik-baik sahaja setakat ni. Harapnya baiklah sehingga ke akhir nanti. Aku suka rumah baru walaupun mahal sikit tapi sesuai dengan keselesaan. Teres dua tingkat beserta bilik air yang besor. Aku suka roomate aku sebab kitorang adalah kawan baik sejak sekolah. Aku suka budak-budak umah aku walaupun aku tak tau nama n tak berkenalan pun lagi, tapi sumanya sweet-sweet tak sombong macam budak rumah aku yang dulu. Asal aku bersiap-siap nak keluar je, mesti ada yang tanya " hai, nak g mana tu pakai cantik2?". Ohh..sweetnya uolls!Semoga kami boleh jadi warga rumah yang rapat, tak mau sombong-sombong tau!

rumah baru, no 27. perempuan, memang banyak kasut.

roomate baru. wani nama dia. dah berpunya.hewhew
Sekarang ni, nak g kelas dah tak de masalah menunggu bus sampai berjam. Bus memang banyak tapi aku dah tak naik bus. Sekarang ni aku demand sebab dah jadi super senior. g kelas naik kereta ja,okah!no more bersesak-sesak di dalam bus. Berlagaknya aku. hewhewhew. Tapi bukanlah macam tu sebenarnya. Ade sorang housemate aku merangkap classmate aku dah bawak kereta, secara kebetulan kelas kitorang sama ja, jadi dia pun dengan baik hatinya nak tumpangkan diriku yang hina ini ke kelas. Maka dengan itu, kami menuju ke kelas bersama-sama.


first day nak g kuliah, kena action dulu

dalam kereta pun boleh



dalam bilik kuliah, kami berjanji akan belajar bersungguh sungguh.

p/s: Semoga segala cabaran mampu ku tempuh. Final semester perlu dinikmati dan hargai. selepas ni, mesti merindui segalanya di sini

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...