JellyPages.com

Thursday, 7 February 2013

Berwajah Baru

Assalamualaikum

Kali ni blog aku bertukar wajah lagi. Header baru dan background baru. masuk ni dah kali ke berapa riban aku tukar. Sesiapa yang suka sangat melepak ke sini memang perasan lah kot. Aku memang spesis yang tak boleh tengok serta buat benda sama  dalam jangka masa yang lama. Sama jugak kalo aku pakai baju, kalau asyik-asyik baju yang sama ja duk ulang-ulang dari ahad sampai sabtu, memang terasa nak yang baru walaupun yang lama masih elok dipakai. Perempuan, biasa la. Aku risau jugak kalau dah kahwin nanti macam mana, hari-hari ngadap muka suami yang sama. macam mana tuh? nak kena tukar jugak kah? ha ha..tu lain la cerita.

Untuk background kali ni aku sengaja pilih tema polka dot pink. Nampak macam simple dan kiut-kiut gitu. Perempuan dengan pink memang tak dapat dipisahkan. Walaupun di alam nyata aku bukanlah pinky ladies yang sopan santun serta ayu mayu. Tapi apalah salahnya kalau aku ayu di alam maya. Untuk header pulak, aku guna freebies doodle. Aku ambik kat SINI. Memang banyak freebies doodle yang comel-comel. Ambik seketul, pandai-pandailah edit jadi header. aku tak pandai sangat bab-bab ni, so aku buat sesimple yang mungkin je. Memula aku ada buat header guna gambar sendiri la bajet cun, tapi macam tak kena je. Apalah kurangnya wajah aku jika dibandingkan dengan doodle. *sigh*


Baru aku sedar, freebies doodle lagi comel


p/s: Ade sesiapa berani kritik penampilan baru saya??

 XOXO:D


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...