JellyPages.com

Sunday, 4 March 2012

CIKGU bukannya mudah

orang tua-tua memang nak sangat anak-anak jadi cikgu
kalo ade sepuluh anak, sepuluh-sepuluh suh jadi cikgu.katenya jadi cikgu ni senang. cukup bulan dapat gaji. cuti pun banyak. balik sekolah buleh jage anak dan suami.
budak sekolah cuti cikgu pun cuti. 
"boleh la ekau melawat mak abah kat kampong ni eah"

bukan setakat orang-orang tua kat kampung aku. kawan-kawan aku yang bukan bakal cikgu pun cakap macam tu. siap cakap menyesal amik kos bukan cikgu.
"untung lah kau leh jadi cikgu, tak payah belajar susah-susah macam kami"
"kami kena buat projek itulah, inilah, eksperimen lah bla bla bla.."

sape cakap nak jadi cikgu tu tak susah??
kami pun belajar macam-macam tau. setiap semester mesti ada subjek yang membunuh. sekarang dah masuk sem enam. kena buat persediaan untuk praktikal sem depan. kena belajar benda alah yang dipanggil RPH (Rancangan Pengajaran Harian). kalo xpandai buat silap-silap kena repeat praktikal. malu la bai. 
kalo kat sekolah dulu, aku tak pernah pulak tengok cikgu-cikgu aku bawak RPH tu kemana-mana. care dorang mengajar pun biasa-biasa saje.jarang nak ade ABM. kadang-kadang masuk kelas suh kitorang buat kerja sendiri.
tapi jadi cikgu contoh kat sekolah. student jadi bijak jugak kan tanpa RPH. hehe

bila dah jadi cikgu kat sekolah, lain cerita la. sekarang ni dalam proses nak dapatkan gelaran cikgu, memang macam-macam. memang poning kepalo den ni hah.
lagi, kena buat mikroteaching and makroteaching dalam bilik kuliah. pilih tajuk sendiri dan study betol-betol. kena jadi cikgu depan kawan-kawan sendiri. kalo xbagus, kena gelak kat orang. hadoii. plus, kena rakam sebagai refleksi diri.

P/S: esok lusa kena bersedia dengan mikroteaching selama 5 minit

p/s lagi satu: 5 minit pun bleh jadi lama bagi yang darah gemuruh.

cikgu ka bukan cikgu ka, semuanya telah ditentukan ALLAH. bersyukur saja. mungkin ini yang   terbaik.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...