JellyPages.com

Sunday 5 August 2012

saya guru pelatih!!

-assalamualaikum~


Agak lama rasenya tidak menjengah ke laman blog sendiri. masa sangat suntuk. Setiap hari perlu diisi dengan perkara yang lebih penting sebagai persediaan untuk mendidik anak pelajar..OPSS..lupa nak bagitau..saya sekarang bergelar guru pelatih. Sedang berlatih dan bertatih di SMKA SHAMS, seremban. 


Alhamdulillah...


Sudah sebulan lebih memegang title 'cikgu izzah'..banyak benda yang aku belajar daripada student aku. sekarang baru aku tau kenapa cikgu aku dulu suka denda aku. sakit hati bila cikgu mengajar anak murid buat dekkk je. rasa nak penampor je kalo anak murid tak nak dengar ckp kita. rase sangat tak dihargai bila kita melalak kat depan student boleh angguk kepala sambil pejam mata. lagi nak marah kalo bagi denda pun anak murid tak serik.~ macam ni la agaknya perasaan cikgu-cikgu aku dulu..
 nasib baik setakat ni tak ada lagi student aku yang keluar sesuka hati ikut pintu belakang waktu cikgu mengajar,macam yang aku pernah buat kat cikgu aku dulu....hehhehe..


jadi cikgu bukan kerja mudah. hari-hari kena fikir nak ajar apa, nak buat aktiviti apa, nak pakai baju apa, tudung kena matching, kasut perlu kilat (pun diambil kira)..pendek kata,memang kerja cikgu kena perah otak.


btw, aku tetap seronok  dengan cabaran yang aku terima. semoga aku berjaya bertatih dan berlatih di bumi SHAMS dengan jayanya. 


buat anak didikku,
cikgu garang sebab nak jadikan kamu semua insan hebat. =)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...