JellyPages.com

Wednesday, 30 January 2013

I.m Curious About That!!



Sedang aku dilanda kebosanan tahap impak maksima, lantas aku menjelmakan diri di laman muka buku,Helaian demi helaian ku intai. Hampa. Tiada yang menarik semuanya status yang sekadar omong-omong kosong. Hampa lagi. Semakin aku skroll ke bawah semakin aku curious tentang satu status ni.

"Putih-putih Melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima"


EH..EH bunyinya macam lagu yang aku nyanyi zaman kecik-kecik dulu tapi macam lain sikit. Tapi mcam lebih kurang je. Tapi macam sama je. Tapi... yang menjadikan aku lebih curious lagi bila ramai pulak budak-budak yang post status yang sebijik sama. Fenomena barukah maen tuju-tuju pantun? Atau ada sesuatu yang aku tak tahu dan mereka tahu tapi tak bagitahu aku. Kenapa nak post pantun yang sama? So beberapa andaian telah bermain di benak.

  1. Mereka sedang mengimbau kenangan nyanyian sewaktu kecil yang main tepuk-tepuk tangan tu
  2. Mereka mempunyai pertalian darah ataupun akrab persahabatan sebab tu status pun nak sama je 
  3. Mereka mempunyai Isi hati yang sama untuk diluahkan (macam tak logik)
  4. Mereka sedang berlatih untuk pertandingan pantun empat kerat peringkat dusun
  5. Mereka sedang mengidam buah delima merah

ni lah buah delima merah


Andaian-andaian tersebut ku tinggalkan bersama angin yang berlalu sepoi-sepoi bahasa. Macam tak penting je untuk difikirkan.Tengah syok melayan angin, buka radio era, tiba-tiba dengar lagu "Putih-putih Melati". Haiihhh...lagu mainan zaman aku kecik-kecik pun dah dikomersialkan ke?? Tapi dah tak ori. lagu dulu ada nilai-nilai murni. Lagu sekarang ada nilai cinta pulak. Mungkin budak-budak kecik sekarang dh pandai bermain cinta. dan mungkin jugak pencipta lagu dah tak ade idea nak buat lagu, so cedok je dari mana-mana sumber.hik3. Dengan itu, segala andaian aku tadi adalah meleset sama sekali. Segala curiousity sudah terbukti. Akhirnya, aku sendiri dah pun donlod lagu tu =)


:: Mungkinkah nanti lagu 'Air Pasang Pagi" akan dikomersialkan menjadi lagu cinta??


SEKIAN  XOXO;D



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...