JellyPages.com

Monday, 14 January 2013

Spagetti: My First Try


Assalamualaikum

Semalam aku masak spageti. Macam bangga giler je rasanya dapat menghasilkan spaghetti yang macam “wow, fantastic baby!”. Biasanya makan kat kedai je tapi tu pun aku banyak complain, tak sedap la, mahal la. So, tak yah banyak complain, buat je sendiri. Bukan senang nak tengok aku masuk dapur ni, kalau la mak ayah aku tengok perubahan drastic aku ni, mesti dorang bangga seperti memandang aku yang sedang menggenggam segulung ijazah. Haha. Disebabkan resipi spaghetti aku semalam menjadi, kengkonon la kan nat wat entry kongsi resipi.

Bahan-bahan

I paket spageti (jenama terpulang)
1 tin Sos Prego
Bawang putih
Bawang merah/besar
Cili hijau
Daging kisar
Lobak merah
cendawan
Tomato

Cara membuatnya:

Mula-mula rendamkan spageti dalam air yang mendidih. Tambahkan sedikit minyak dan garam. Kemudian toskan mereka hik3.

Kemudian, buat sos spageti pulak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dah dicincang halus sampai naik bau. Aku masukkan sedikit cili kisar. Nak kekalkan lagi kemelayuan aku ni, aku campakkan 3 biji cili hijau dalam kuali (cara mencampak pun mempengaruhi rase.hehe). Lepas tu, campakkan pulak daging kisar. Kalau jenis yang tekak geli-geli je tak leh makan daging lembu, ko masukkan je daging ayam cincang. Dah agak-agak daging tu bertukar warna, masukkan sos prego. Tuang je satu tin tanpa sebarang keraguan. Nampak macam kering je, so masukkan sedikit air. Kuantiti air adalah bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing. Ok, dah mendidih, masukkan lobak merah yang didadukan. Aku saje letak lobak nak bagi nampak meriah carey. Lepas tu, masukkan cendawan yang dislice kecik-kecik. Biasanya orang guna cendawan butang tapi mahal, aku guna cendawan yang biasa je. Haha. punyalah kedekut. Jangan dilupa garam secukup rasa. Kemudian rasa la dulu sebelum dihidang. Waktu aku buat tu, rasa macam kureng je, so, aku tambah tomato yang dipotong dadu. Tak puas hati lagi, aku tambah sket sos cili dan sos tomato sesuka hati aku. Siap untuk dihidang. Hasilnya seperti dibawah.


Saje letak dalam pinggan bunga-bunga bagi nampak meriah


sluurrrrrpppppppp
Sesiapa yang ada memasang niat untuk masak spageti tapi takut untuk mencuba sebab takut tak menjadi, teruskan dengan niat suci anda. jangan pernah sesekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ketepikan hasil yang bakal terjadi tetapi berusahalah dulu. yess, B E.R.U.S.A.H.A.!! Kalu bukan sekarang, bila lagi?Kalau bukan anda, siapa lagi??

-dah macam bagi kata-kata semangat kat budak-budak SPM lak~


                                                                    SEKIAN XOXO:D 

                                                                   



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...