JellyPages.com

Saturday 9 February 2013

OH..Berdebarnya!!


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, registration completed. Officially i'm gonna be a final semester student. Dalam separa sedar, sudah hampir 4 tahun bergelar mahasiswi Upsi. Rasa berdebar-debar nak melangkah masuk ke universiti setelah sekian lama bercuti. 4 bulan aku cuti sem plus 4 bulan sebelumnya aku praktikal. bila ditotalkan jadilah 8 bulan tak belajar. Gila lama. Otak dah tepu punm tiba-tiba pulak nak kena masuk dewan kuliah balik, kena jadi pelajar yang berdisiplin dan berdedikasi bangun di awal pagi lalu beratur menunggu bas demi seteguk ilmu. gulp!Oh...Berdebarnya!

Tapi bukan masalah bas atau masalah bangun pagi yang mendebarkan aku. Tapi aku lebih berdebar tentang Projek Tahun Akhir (FYP). FYP akan  menentukan kelayakan pelajar untuk grad dan setiap pelajar mesti ingin lakukan yang terbaik untuk FYP. Ramai yang tak dapat grad disebabkan kegagalan mereka untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir tepat pada waktunya. Ohhh..berdebarnya hati ini! Nak bagitau lagi, markah untuk FYP seratus peratus terletak di tangan penyelia. Sebelum ni aku dah mulakan FYP aku atas nasihat dan tunjuk ajar penyelia, tup-tup penyelia aku bertukar pulak. dapat lah penyelia baru yang cerewet mewet orangnya. Makin ditunjuk hasil kerja makin banyak kesalahan tercipta. oh..tambah berdebar lagi! 


jadual kuliah semester  baru 
Kurang 10 hari lagi semester baru akan bermula. Jadual aku nampak macam tak padat tapi aku jamin kesibukan pasti melanda diri ini. Pasti lebih banyak cabaran yang bakal bertandang. Oh berdebarnya!
Namun aku yakin dan pasti aku mampu melakukannya. Walau sesukar mana, walau sesusah mana, akan ku terobos awan jaya! Perjuangan belum terhenti selagi aku belum mati! 

Apa-apa pun aku tetap berdebar. oh..berdebarnya!!

Kalau dihitung, sangat banyak perkataan berdebar dalam entri ni yang menunjukkan aku betul-betul tengah berdebar di saat ini. Mungkin dengan debaran ini mampu menjentik semangat untuk aku meneruskan perjalan sebagai seorang pelajar. Insyaallah, Allah sentiasa bersama dan membantu. Buat sahabat-sahabat yang turut sama memulakan kuliah, selamat berjuang ku ucapkan. Peace yo!



p/s: Rabbi yassir wala tuassir ya karimm...

1 comment:

  1. sye dh follow.nnt follow lh tau http://kutaufiq.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...