JellyPages.com

Thursday 31 January 2013

Shila Amzah pun RETWEET aku

Assalamualaikum

Macam tak percaya kan baca tajuk aku tu? Ingat aku tipu la tu kan? Well, aku dan Shila Amzah sebenarnya sepupu. thats why la dia RT aku. Darahnya mengalir dalam badan aku ni. Suara kitorang pun lebih kurang je kalau batuk dan bersin. hahaha. Nampak sangat menipunya. Tang sepupu tu memang aku tipu, tapi tang dia RT aku tu betol-betol tau. Terkujat aku bila ada artis RT aku. bangga ooo..Shila Amzah bukan artis biasa-biasa. Suara dia bergema dari Malaysia ke Tembok China tuuuuu.

Serius, aku tak pernah terfikir pun sebelum ni nak main tweet-tweet dengan artis ni. Siapa la diri ini untuk mentweet insan-insan glamor seperti mereka. Lagi pula, aku bukannya Shilalas Tegar. Tapi semalam aku on twitter, ramai fans Shila yang tweet nak jumpa Shila, suka tengok Shila, bila nak datang tempat dorg dan bla bla bla. Dah jadi trending pulak. So, aku dengan saje-saje nak menjeleskan dan mengenakan mereka telah mentweet macam ni


"weekend hari tu jumpa @Shilaamzah kat Sri Utusan, Bangi sempena Ulangtahun URTV. U so gojes with da pink shawl~hoho"


fokus pada bulatan merah


Lepas je aku tweet macam tu, terus Shila RT aku. Rasa macam nak berlari keliling raound abut sambil buat gaya terbang je. Bukan dia je yg RT, peminat-peminat dia pun RT jugak. dan tidak semena-mena follower aku pun bertambah dengan mendadaknya. Tak sangka, dengan hanya mentweet artis boleh menarik ramai follower. Kepada sesiapa yang berhajat nak menambah follower, boleh la guna kaedah mentweet artis kesayangan. hhihihi.


Walaupun niat aku tadi bunyi macam jahat, tapi betol aku jumpa dia masa kat Bangi weekend hari tu. Aku gi sana sebab nak tengok persembahan Aaron Aziz, sambil beli buku sempena karnival Jom Fiesta anjuran utusan, tak sangka lak Kak Shila pun ada sekali. Live aku dengar suara Shila nyanyi lagu " Set Fire to the Rain" dan "Patah Seribu". Memang meremang bulu roma aku ni, orang yang patah tulang pun boleh sembuh agaknya dengar Shila nyanyi. haha.over. Btw, dia memang gojes that night. Thumbs Up Shila Amzah!!!

Aku tahu, orang takkan percaya kalau tak de bukti. Aku tak de gambar nak letak sebagai bukti sebab gambar yang aku amik semuanya nampak kepala penonton je, ada kepala botak, ade kepala berambut, So, macam sia-sia je kan.  


diva


p/s: Aku harap yang RT aku tu bukan fake twitter Shila. Kalau tidak, pasti diri ini terluka.
      Lepas ni nak tweet Aaron Aziz la pulak. hohoho


SEKIAN




Wednesday 30 January 2013

I.m Curious About That!!



Sedang aku dilanda kebosanan tahap impak maksima, lantas aku menjelmakan diri di laman muka buku,Helaian demi helaian ku intai. Hampa. Tiada yang menarik semuanya status yang sekadar omong-omong kosong. Hampa lagi. Semakin aku skroll ke bawah semakin aku curious tentang satu status ni.

"Putih-putih Melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima"


EH..EH bunyinya macam lagu yang aku nyanyi zaman kecik-kecik dulu tapi macam lain sikit. Tapi mcam lebih kurang je. Tapi macam sama je. Tapi... yang menjadikan aku lebih curious lagi bila ramai pulak budak-budak yang post status yang sebijik sama. Fenomena barukah maen tuju-tuju pantun? Atau ada sesuatu yang aku tak tahu dan mereka tahu tapi tak bagitahu aku. Kenapa nak post pantun yang sama? So beberapa andaian telah bermain di benak.

  1. Mereka sedang mengimbau kenangan nyanyian sewaktu kecil yang main tepuk-tepuk tangan tu
  2. Mereka mempunyai pertalian darah ataupun akrab persahabatan sebab tu status pun nak sama je 
  3. Mereka mempunyai Isi hati yang sama untuk diluahkan (macam tak logik)
  4. Mereka sedang berlatih untuk pertandingan pantun empat kerat peringkat dusun
  5. Mereka sedang mengidam buah delima merah

ni lah buah delima merah


Andaian-andaian tersebut ku tinggalkan bersama angin yang berlalu sepoi-sepoi bahasa. Macam tak penting je untuk difikirkan.Tengah syok melayan angin, buka radio era, tiba-tiba dengar lagu "Putih-putih Melati". Haiihhh...lagu mainan zaman aku kecik-kecik pun dah dikomersialkan ke?? Tapi dah tak ori. lagu dulu ada nilai-nilai murni. Lagu sekarang ada nilai cinta pulak. Mungkin budak-budak kecik sekarang dh pandai bermain cinta. dan mungkin jugak pencipta lagu dah tak ade idea nak buat lagu, so cedok je dari mana-mana sumber.hik3. Dengan itu, segala andaian aku tadi adalah meleset sama sekali. Segala curiousity sudah terbukti. Akhirnya, aku sendiri dah pun donlod lagu tu =)


:: Mungkinkah nanti lagu 'Air Pasang Pagi" akan dikomersialkan menjadi lagu cinta??


SEKIAN  XOXO;D



Monday 14 January 2013

Spagetti: My First Try


Assalamualaikum

Semalam aku masak spageti. Macam bangga giler je rasanya dapat menghasilkan spaghetti yang macam “wow, fantastic baby!”. Biasanya makan kat kedai je tapi tu pun aku banyak complain, tak sedap la, mahal la. So, tak yah banyak complain, buat je sendiri. Bukan senang nak tengok aku masuk dapur ni, kalau la mak ayah aku tengok perubahan drastic aku ni, mesti dorang bangga seperti memandang aku yang sedang menggenggam segulung ijazah. Haha. Disebabkan resipi spaghetti aku semalam menjadi, kengkonon la kan nat wat entry kongsi resipi.

Bahan-bahan

I paket spageti (jenama terpulang)
1 tin Sos Prego
Bawang putih
Bawang merah/besar
Cili hijau
Daging kisar
Lobak merah
cendawan
Tomato

Cara membuatnya:

Mula-mula rendamkan spageti dalam air yang mendidih. Tambahkan sedikit minyak dan garam. Kemudian toskan mereka hik3.

Kemudian, buat sos spageti pulak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dah dicincang halus sampai naik bau. Aku masukkan sedikit cili kisar. Nak kekalkan lagi kemelayuan aku ni, aku campakkan 3 biji cili hijau dalam kuali (cara mencampak pun mempengaruhi rase.hehe). Lepas tu, campakkan pulak daging kisar. Kalau jenis yang tekak geli-geli je tak leh makan daging lembu, ko masukkan je daging ayam cincang. Dah agak-agak daging tu bertukar warna, masukkan sos prego. Tuang je satu tin tanpa sebarang keraguan. Nampak macam kering je, so masukkan sedikit air. Kuantiti air adalah bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing. Ok, dah mendidih, masukkan lobak merah yang didadukan. Aku saje letak lobak nak bagi nampak meriah carey. Lepas tu, masukkan cendawan yang dislice kecik-kecik. Biasanya orang guna cendawan butang tapi mahal, aku guna cendawan yang biasa je. Haha. punyalah kedekut. Jangan dilupa garam secukup rasa. Kemudian rasa la dulu sebelum dihidang. Waktu aku buat tu, rasa macam kureng je, so, aku tambah tomato yang dipotong dadu. Tak puas hati lagi, aku tambah sket sos cili dan sos tomato sesuka hati aku. Siap untuk dihidang. Hasilnya seperti dibawah.


Saje letak dalam pinggan bunga-bunga bagi nampak meriah


sluurrrrrpppppppp
Sesiapa yang ada memasang niat untuk masak spageti tapi takut untuk mencuba sebab takut tak menjadi, teruskan dengan niat suci anda. jangan pernah sesekali takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ketepikan hasil yang bakal terjadi tetapi berusahalah dulu. yess, B E.R.U.S.A.H.A.!! Kalu bukan sekarang, bila lagi?Kalau bukan anda, siapa lagi??

-dah macam bagi kata-kata semangat kat budak-budak SPM lak~


                                                                    SEKIAN XOXO:D 

                                                                   



Friday 4 January 2013

Edisi Khas untuk dia..heyy!!..untuk dia


Panjang umurnya, panjang umurnya

Panjang umurnya serta mulia,serta mulia

serta muu...liiii...iaaaaa !!!!




Hari ni hari lahir beliau yang di atas. Aku dengan baik hatinya buatlah satu edisi khas untuk dia (heyy!!) untuk dia, sebabnya aku yang patut..yang patut,,haha


Tak payah nak desribe banyak-banyak lah. Gukuplah sekadar letak gambar dan semua boleh tau yang beliau itu suka makan. Tengoklah tu, duduk mengadap makanan, siap ambik pinggan nak tambah nasi. Tu tak kira lagi bungkusan makanan yang ada dalam beg dia. haha. Ok, aku tipu je.

SELAMAT HARI LAHIR
Semoga menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga diberikan keteguhan iman setiap masa dan ketika. Semoga  rahmatNya tidak pernah berpaling darimu.
Aamin..



LOVE doesnt mean we need to be together. LOVE is we keep praying for each other. Allah is the best planner. 
i LOVE u and i PRAY for u. It sound so sweet, right?

SEKIAN. XOXO :D




Wednesday 2 January 2013

Travellog 2012

Assalamualaikum mr and mrs


Today is second day on 2013. Happy New Year to everyone!! Kalendar dah bertukar tahun tapi aku nak jugak cakap pasal tahun lepas. Ye ye..aku tau, Hidup memang kena memandang ke hadapan tapi yang belakang kena kenang jua. Umpama kita bawak keta, badan tegak ke depan tapi side mirror belakang perlu dijeling-jeling sebagai langkah berjaga-jaga. Sebagai info tambahan, aku dah ada lesen kereta! (bangga tetiba). Rujuk balik kat tajuk aku tu, ala-ala traveler yang dah travel satu dunia je kan? like Paris, London, New York. Tapi malangnya aku ni pencinta wanita negara yang mengamalkan konsep cuti-cuti Malaysia (Statement cover diri). Jadi, tempat yang kononnya aku travel hanyalah dalam Malaysia tercinta sahaja mahupun secara sengaja atau kebetulan. Aku tak bercadang nak tulis panjang-panjang, so aku letak je gambar aku berserta tempat-tempat yang aku 'merewang' sepanjang tahun 2012.



                                                **** PLEASE SCROLL DOWN****

                                                                        AWAS!!!

                             Anda akan menyaksikan pose gadis yang comel di bawah



Genting Highland

Aku dari tepi sebelah kiri dengan lambang peace dan berwajah excited. Gambar ni membuktikan aku berada di Genting Highland. Pergi under package Rm25 sahajo. Sempat main outdoor games je. Kena paksa naik roller coaster and dah bersumpah tak nak naik lagi. Ambil masa 2 3 hari nak pulih dari rasa gayat. haha



Cameron Highland

Nampak tak aku terselit kat tengah-tengah? hampir terlindung dengan budak gemuk muka bulat. haha. Pergi Cameron ni tanpa dirancang, aku telah dimanipulasi oleh kawan-kawan yang sememangnya sengal. Pagi-pagi dapat call suruh bersiap kononnya nak buat kajian di Ladang teh, ladang bunga sambil snap-snap gambar dsb. Setelah melalui jalan yang penuh berliku ke sana, masing-masing keluar dan beli sayur. Lepas tu balik rumah tanpa naik bahagian atas. What??datang cameron demi sayur je??hangin je aku. haha


Johor

Gadis-gadis ayu dan jejaka-jejaka jelek tampan. Gambar macam rombongan je kan? ni trip beraya ke johor. Bermula dari Muar, Batu Pahat dan Pasir Gudang tapi bergerak dari Seromban. Singgah 6 buah rumah dalam sehari. Nak terberanak rasenya perut asyik menelan makanan enak-enak. Penat bukan kepalang tapi seronok. First time aku sampai johor, sempat singgah umah bakal mertua. kuang kuang kuang.
Johor dah ada Legoland, please someone bring me there!



                                                                       Pantai Batu Empat, PD

Ni waktu bulan puasa. tengah tunggu waktu berbuka puasa sambil mengadap matahari terbenam. Sangat cantik panorama alam ketika itu! sebelum tu sempat singgah shopping beli tudung raya. hehehe. eh..eh, rasanya waktu ni plan asal bukan nak ke PD tapi dah terlajak jalan tak bisa diundur. Akhirnya kami berlima sampai la ke sini. 


Pantai Teluk Kemang, PD

Sekali lagi merewang ke PD. Kali ni aku berjaya merasa naik boat. Memang syok pusing-pusing dengan boat ni. Bayar je RM10 seorang dan nikmatilah keindahan angin pantai bersama sahabat dan orang tersayang. Hajat nak naik banana boat tak kesampaian sampai sekarang sebab pergi ni pun bulan puasa mana boleh terjun-terjun dalam air. sob sob sob.


                                                     
                                                                   Lake Garden, Seremban

Alang-alang berpraktikum di seremban, maka singgahlah kami di Lake Garden. Lepak-lepak waktu malam, berkongsi cerita dan snap-snap gambar dengan kawan-kawan boleh menghilangkan resah di jiwa!hahaha. Dah bosan di situ, cipta plan lain sementara malam masih muda. 



A Famosa, Melaka

Nah, inilah destinasi kami selepas Lake Garden. Ini adalah kerja gila sebab bergambar di bangunan bersejarah jam 2 pagi. Tapi muka aku tetap ceria asal dapat snap gambar. haha. Waktu ni masing-masing penat dan tidak mampu meneruskan perjalanan pulang maka beradulah kami di RnR Ayer Keroh. Aku akan ingat kerja gila ni!


                                                                Kuala Pilah, Seremban

Perhatian!!ini adalah gambar candid si ulat-ulat buku. Membaca amalan mulia, sampai tengah padang pun boleh membaca sambil tersenyum. haha. Kisahnya begini, rancangan awal memang nak buat fotoshoot masa hari ni, so fotographer nak buat shoot di bendang yang menghijau kononnya, sebab tulah merayap sampai Kuala Pilah yang memang kaya dengan bendang. Malangnya bendang semua dah kering. Last-last, berhenti je kat mana-mana tempat yang hijau atau seakan-akan dengannya bagi melunaskan hasrat fotografer. Tapi aku tak nampak pun kehijauan tempat ni sebenarnya.haha. hentam jelah,



           Ni lagi satu gambar di lokasi yang sama. Aku saja letak sebab aku rasa comel waktu ni. haha


Sekian sahaja Travellog 2012. Semoga Entri kali ni boleh menjadi bukti kehidupan remaja aku bila aku baca waktu aku dah tua nanti. Gambar-gambar ni jugak yang akan membuktikan kepada anak cucu bahawa aku comel ketika remaja. haha. Kenapa?Anda jeles??


SEKIAN  XOXO :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...