JellyPages.com

Monday 24 December 2012

Zaman Bujang Dah Tamat !!

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kami doakan moga berkekalan
Salam sejahtera hingga akhir zaman

..eeeewahhh...


Dah hujung-hujung tahun ni banyak pulak aku terima undangan ke Majlis Perkahwinan. Ni macam mengajak aku ke menuju arah yang sama ni. Awal-awal lagi semua pakat book tarikh tak nak bagi clash kan. Kalau kena tarikh yang sama kan susah. Kau tak leh datang majlis aku, aku tak leh datang majlis kau. Kau tak leh tengok pelamin gah lip lap lip lap aku. Aku pulak tak leh tengok pelamin anganmu. Baju kau cantik tak? macam baju aku tak??. haaa..kan dah susah.haha. Apa-apa jela tapi niat nak kawin kena betol la kan. Tak kisahla pelamin siapa lagi cantik baju siapa lagi vogue,janji Majlis anda-anda semua diberkati ok! Do not envy of others. Its really unhealthy. 

Berbalik kepada tajuk entri di atas, ia tidak tertuju kepada pemilik wilayah ni ok! Ia mengisahkan tentang kawan-kawan lama aku yang sama-sama huru-hara di sekolah dulu. Tak sangka dah kawin kan korang. Aku tumpang gembira. Nanti kalau dah ada baby,bagitau la ye. Boleh aku tolong belikan set mandian johnson n johnson. Semalam bersamaan 23 Disember 2012, seorang lagi kawan aku dah menamatkan zaman bujang. Mabruk-mabruk. Maka terupload la gambar kahwin beliau seperti berikut. ppsssstt..aku ambik kat fb je.

                                                                    (gambar tak clear)


Untuk sahabatku, Nurul Atiyah bt Alias dengan pasangannya Mohd Zaid Nawawi, semoga perkahwinan anda berdua dirahmati. Semoga berbahagia hingga ke Syurga abadi. Sori, tak dapat datang. Insyaallah, bila korang dapat baby, aku datang melawat. hehehe. 

Dan juga buat sahabat-sahabat yang juga turut melangsungkan perkahwinan tahun 2012 iaitu:

Anis Zakaria dan Khairul Anuar
Nur Syakirah dan Muhd Alim 
Nurul Aini Mohamad dan Mohd Hafiz 
Wan Nor Anis Hafidzah dan Pasangan (lupa nama)

SEMOGA KALIAN SENTIASA BERBAHAGIA DI SAMPING SUAMI TERCINTA.

p/s: Tak perlu tanya bila giliran aku pulak  heeee


                                                                   SEKIAN  

                                                                   XOXO :D






Thursday 20 December 2012

Istanbul Aku Datang!! Tapi Lambat.

Assalamualaikum

Hai, Finally i akan pergi ke  Istanbul!!! Tak sabar tak sabar tak sabar! Mungkin di sana aku akan bertemu jodoh, yang hensem, tinggi, kurus dan macho!. Hurrmmm *tangan tongkat dagu*

Macam ni lah jadinya kalau dah taksub sangat dengan movie. Verangan lagi. Hari ni cuaca mendung dari pagi (memang sesuai cipta angan-angan), anak-anak buah yang biasa aku bebelkan tiap-tiap hari, tak da pulak hari ni. Hidup sangat senang, hati aku riang, boleh duduk-duduk layan wayang. ha ha ha..aku riang!eh..eh..best pulak  iramanya. 

Disebabkan ketenangan hidup aku hari ni tanpa gangguan mental dan fizikal daripada anak-anak menakan aku, aku dengan senang hatinya telah menonton cerita Istanbul Aku Datang. Layan movie sorang-sorang pun best sambil-sambil boleh Verangan ala-ala berada di Istanbul. Aku tahu aku bukanla antara orang yang terawal yang tengok cite ni, orang semua dah pakat duk gebang kat pesbuk cakap cite ni bestla, suwit muwit la, comel la bla bla bla..so, tak payahla aku nak buang masa wat rumusan ala-ala David Teo.Orang dah muak. Aku yang asalnya memang bukan penggemar movie Melayu  but, One word that i can say about  IAD is Very Sweet. Ok, sory. Two words.

Akhirnya, kebosanan aku hari ni terubat jua dengan kecomelan Lisa. 

                                                         
                                                                macam korean pun ade



                                                         Kagum dengan latar belakang cite ni



p/s: I wish i will be there one day. 1st anniversary. *tangan tongkat dagu lagi sekali*
p/s untuk Lisa: kita kembar la.,kah kah kah.

                                                               SEKIAN.   XOXO : D  


Thursday 13 December 2012

hasil setimpal dengan usaha

Assalamualaikum

First of all, lets check my last entry. Homaigod!! almost 3 months tak berfungsi. Ditinggalkan kosong tanpa sebarang cerita. Itulah aku. Bukan tak ada cerita untuk dikongsi cuma kekangan dan kemalasan diri yang melampau membuatkan jari jemari ini segan untuk menari di atas keyboard. kalau diikutkan wajar dideletekan saje tapi bila fikir 2x5 kali, terasa sayang pulak. Siapa tau one day, aku boleh famous macam Fatin Liyana. hahahhah,,so,biarkan ia terus bersemadi di sini. Asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam! hoyeahhhhhhhh =)

well..uolls..dulu kan aku sibuk dengan praktikal and memegang status sebagai cikgu yang awesome selama empat bulan di Seremban. Pengalaman, toksah cakapla memang banyak. Koje pun banyak waktu tu. Hari-hari ngadap RPH. Tak do RPH, maknanya ekau tak layak jadi cikgu! tapi kalau ado RPH sekalipun, bilo gi  sekolah, budak-budak buat hal, ekau tak leh nak kontrol pun tak do makno ekau jadi cikgu. Lagi satu, kalo ekau masuk kelas asyik2 nak marah budak-budak je even memang betol they ols salah, baik ekau bonti jadi  cikgu. Jadi cikgu kono banyak soba Jang oi. Ceh, aku cakap macam aku ni bagus sangat je. Baru jadi guru pelatih dah nak berlagak!keh keh keh..


Seriously, sekarang ni aku sangat rindu dengan suara-suara and wajah-wajah muda belia yang suci itu yang memanggil diriku 'cikgu'. tak terkenang kenangan bersama they ols yang super owesome ni. Kenakalan they ols buat aku terkenang zaman huru-hara aku dulu. Apa pun tak boleh! but, aku rasa they ols ni lagi bagus dari aku cuma mungkin dari beberapa segi, aku rasa aku lagi bagus sewaktu seusia mereka. Perbezaan zaman barangkali. Btw, disebabkan merekalah aku jadi insan yang tabah dan kuat seperti sekarang. Thank you mere beta!!bohot-bohot syukria!!hahahha.


And more, dalam pada aku duk terkenang-kenang pengalaman pahit getir aku berstatuskan cikgu, aku dikejutkan dengan kabar angin "wei, result praktikal dah keluar. cepat cek ko dapat bape". OMG!! ketaq kepala lutut nak buka portal. Tapi cekalkan sahajo hati nih sambil hatiku berbisik "apa yang kita usaha, itulah hasilnya". And then, terus hambik laptop- riba- buka portal- masukkan id-waiting~~*sempat berdoa lagi*

and guess what???congratulations to myself!! 4.0 f0r practicum!!. Mata terkebil-kebil tidak percaya but this is hakikat. Tak sangka semua ni akan terjadi. Umpama mimpi dalam mimpi. Nak ku lari tapi inilah realiti. (ada kaitan??) hahah..

Actually aku tak rasa sangat ini adalah hadiah hasil usaha aku sebab aku rasa usaha aku tak seberapa pun. So aku putuskan bahawa rezeki yang Allah kasi ni berkat daripada doa aku dan juga orang-orang yang berada kuat ditulang belakangku. Doa itu berkat bukan?so, aku sediakan sedikit ucapan seperti berikut:

"dear Allah, thanks for giving me A for my practicum,
dear mom and dad thanks for supporting me with your money du'a,
dear my friends thanks for your advise and suggestion.
dear myself, thanks for being healthy and strength also beautiful every day.hehhe
and lastly, thanks to all my students for your cooperation during my observation"
hampir terlupa, a big thanks to my observer, Prof Khazin Tamrin.
THANK YOU EVERY ONE


Cikgu izah yang owesome!


kenakalanmu ketabahanku

                                                                *pliss ignore the messy tables


sungguh kerdil diri ini


see? cikgu tetap comel di tengah-tengah students.



SEKIAN. 

p/s: terasa amat panjang entry ini. mungkin jariku tak segan lagi. bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...